Entri 13: Penggunaan teknologi dalam penanaman padi

Sektor pertanian menjanjikan pendapatan yang lumayan sekiranya diusahakan secara serius.  Dengan adanya teknologi yang berdaya saing, banyak peluang dan kemudahan perniagaan dapat dijalankan secara lebih berkesan yang dapat memenuhi kehendak industri.  Teknologi banyak membantu dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam memenuhi keperluan rakyat. Penggunaan Sains dan teknologi juga banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian.

Di kawasan Sekinchan, penggunaan sains dan teknologi berkait rapat dengan penanaman padi.  Antara teknologi yang digunakan dalam penanaman padi di Sekinchan ialah penggunaan mesin. Penggunaan mesin dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja petani. Kebanyakan mesin yang digunakan adalah bantuan yang diperolehi oleh kerajaan.  Contoh mesin yang digunakan ialah mesin tanam padi, mesin menuai padi, mesin melapangkan tanah dan sebagainya.  Melalui hasil penyelidikan sains, terciptalah racun dan baja dalam penanaman padi.  Racun digunakan bagi memudahkan pesawah untuk mengawal penyakit padi.  Contoh racun yang digunakan ialah Paraquat, Glincer, Skor, Amistartop, Arosa dan Benetox.  Manakala baja digunakan untuk menambah peningkatan dan penghasilan mutu tanaman padi.  Baja terdiri daripada tiga iaitu baja campuran, baja urea dan baja buah.  Setiap jenis baja ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Sains dan teknologi memberi impak yang sangat besar kepada industri negara.  Petani dapat menyelesaikan kerja-kerja mereka dengan lebih pantas dan memperolehi hasil yang bermutu.  Selain itu, ia juga dapat memudahkan kerja-kerja yang dahulunya bersifat tradisional seperti menabur benih padi menggunakan tangan sendiri dan sebagainya kepada pekerjaan yang bersifat moden seperti penggunaan mesin, jentera serta traktor dalam penanaman padi oleh petani.




Comments