EKSPEDISI KE PADANG BESAR
Seramai 35 orang ahli pengakap Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjalankan ekspedisi ke Padang Besar bagi mendapatkan Lencana Pengembaraan.Ekspedisi ini bermula pada 14 Februari sehingga 16 Februari 2020.Kami pergi ke Padang besar dengan menggunakan Keretapi Tanah Melayu (KTM)Komuter dan Electric Train Service (ETS).
14 Februari 2020
Sebelum pengembaraan bermula,kami berkumpul di Kompleks Akademik A
dan kami mendengar taklimat daripada pemimpin kami serta kami dibahagikan kepada beberapa krew.Setiap krew mempunyai tujuh hingga sembilan orang ahli.
Selepas solat jumaat dan bertolak ke KTM Serdang menaiki bas UPM.
dan kami mendengar taklimat daripada pemimpin kami serta kami dibahagikan kepada beberapa krew.Setiap krew mempunyai tujuh hingga sembilan orang ahli.
Selepas solat jumaat dan bertolak ke KTM Serdang menaiki bas UPM.
Pada pukul 3.45 Petang kami tiba di stesen KTM Serdang dan menunggu untuk menaiki komuter ke KL Sentral.
Dengan cuaca hujan yang lebat,kami menaiki komuter dan tiba di Stesen KL Sentral pada pukul 4.50 Petang serta bersiap sedia untuk menunaikan solat asar sebelum meneruskan perjalanan kami ke Stesen Kuala Kubu Bharu.
Kami meneruskan perjalanan dan tiba di Stesen Kuala Kubu Bharu pada pukul 7.00 Petang.Kami menunggu bas smart selangor di stesen tersebut untuk pergi ke Sk.Kuala Kubu Bharu .Selepas menaiki bas dan berhenti di perhentian bas Kuala Kubu Bharu,kami terpaksa berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai di sekolah berikut.Pada pukul 7.30 petang kami tiba di Sk.Kuala Kubu Bharu.
Pada pukul 8.30 malam, kami berkumpul di astaka sekolah tersebut untuk mendengar sedikit taklimat dan sejarah mengenai Kuala Kubu Bharu sebelum kami mula membahagikan tugas bagi menyediakan makan malam. Pada pukul 10 Malam kami membersihkan kawasan astaka dan bergerak ke surau untuk berehat.
15 Februari 2020
Kami bersiap untuk bertolak ke Stesen bas Kuala Kubu Bharu pada pukul 7.00 Pagi untuk menaiki tren keretapi tepat pada masanya.Sebelum bergerak ke Stesen bas,kami bergotong royong membersihkan kawasan surau Sk.Kuala Kubu Bharu dan kawasan sekitarnya.
Pada pukul 8.35 kami menaiki Komuter ke Tanjong Malim.
Setibanya kami di Tanjong malim pada pukul 9,kami diberi beberapa tugasan oleh pemimpin kami.Antaranya ialah:
1)Bergambar di hadapan Stesen Tanjon Malim
2)Mendapatkan bearing dari stesen Tanjong Malim ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
3)Dapatkan tandatangan pegawai dari balai polis dan balai bomba serta swafoto
4)Cari kedai makan yang memasuki rancangan TV3
(Jalan-Jalan Cari Makan)
5)Bergambar dihadapan Muzium UPSI
6)Mencari nama Naib Canselor UPSI
(yang berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor UPM)
Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran
Setelah menyelesaikan tugas yang diberikan oleh pemimpin,kami bertolak pergi ke Stesen Tanjong Malim untuk menaiki ETS ke Taiping pada pukul 11.45 tengahari.Suasana didalam ETS sagat selesa.Terdapat cafe,tandas,meja makan da tempat mengecas telefon bimbit didalamnya.
Pada pukul 2.05 Petang kami tiba di Stesen KTM Taiping untuk berehat sebentar bagi menunaikan solat,makan tengahari dan kami juga diberikan beberapa tugasan disitu.
1)Mencari sejarah ringkas Taiping
2)Menyenaraikan 5 tempat tarikan di Sekitar Taiping
3)Megetahui makanan-makanan popular di Taiping
Kami pergi ke Stesen KTM Taiping yang lama dan kini stesen tersebut menjadi tempat makan yang sering dikunjungi oleh pengunjung.
KTM Taiping lama
KTM Taiping baru
Pada pukul 2.50 petang kami menaiki keretapi ke Padang Besar dan kami mengambil masa hampir 6 jam untuk sampai ke Padang Besar.
Kami tiba di Padang Besar pada pukul 7.21 Petang.Ketibaan kami disambut oleh Kelana Perlis dan mereka telah mengiringi kami ke SK.PADANG BESAR (U) PERLIS kerana mereka merisaukan keadaan kami yang berada berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.
Pada malam itu kami mengadakan sesi perkenalan diri bersama Kelana Perlis,bermain sedikit permainan,memasak makanan untuk makan malam dan membersihkan diri.Lauk makanan pada malam itu adalah Kari Ayam dan nasi putih.
Beberapa orang antara kami termasuk diri saya sendiri ditugaskan untuk menjaga kawasan tersebut pada waktu malam untuk keselamatan diri masing-masing.
16 FEBRUARI 2020
Kami bangun seawal 5.30 Pagi bagi menunaikan solat Subuh berjemaah.
Setelah itu kami membuat sedikit riadah pagi dan membuat istiadat pagi.Kami juga mempelajari asas kawad kaki sebelum majlis istiadat pagi bermula.
Setelah istiadat pagi dilakukan,kami menjalankan sesi fotografi bersama Pengakap Kelana Perlis dihadapan Sekolah Padang Besar (U),Perlis dan diastaka sekolah tersebut.
Selepas sesi fotografi,kami diberi masa untuk bersiap sedia mengemas segala peralatan dan barang-barang peribadi sebelum bertolak balik ke UPM menaiki bas.
Kami juga sempat melawati pasar Padang Besar,Malaysia untuk membeli serba sedikit cenderahati untuk dibawa pulang ke UPM.
Dalam perjalan balik ke UPM kami berhenti di dua perhentian dan salah satu perhentian tersebut terdapat sebuah bas UPM yang membawa pasukan futsal UPM. Mereka telah menjuarai pertandingan futsal yang diadakan di Tanjong Malim. Ini adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh UPM.
Akhir sekali,kami tiba di UPM pada pukul 10.30 Malam.
-TAMAT-



















Comments
Post a Comment