Entri 12: Bebas (Sejarah kampungku)

                Kampung Labohan Dagang terletak dikawasan Banting di Negeri Selangor. Kawasan lain yang berdekatannya ialah Kampung Bukit Changang dan Bukit Tadoom iaitu tempat tinggal orang asli.Perjalanan kampung ini ke Kuala Lumpur International Airport(KLIA),Masjid KLIA,Litar Antarabangsa Sepang dan Kompleks Tabung Haji hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja.

                Kampung Labohan Dagang dikatakan pada asalnya adalah sebuah “Pelabohan” yang menjadi persinggahan para pedagang dari Kuala Jugra ke Pekan Kajang.Pada tahun 1918,kampung ini telah dibuka dan diberi nama “Kampung Pelabohan Dagang” bersempana kehadiran para pedagang oleh orang melayu tempatan iaitu Encik Osman Bin Busu,Encik Kassim Bin Busu dan Encik Dollah Bin Busu.Seterusnya,nama asal kampong ini telah ditukar kepada “Kampung Labohan Dagang” dan masih digunakan hingga kini.Kawasan ini adalah salah satu asset dan bukti penting kepada penemuan asal usul sejarah Kampung Labohan Dagang dan akan menjadi rujukan kepada generasi yang akan datang.

                 Kampung ini terdri daripada 3000 orang penduduk yang majoritinya Melayu (89%) dan yang selebihnya adalah orang asli (11%).Ketua kampung yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan penduduk kampung ini ialah Tuan Haji Muhammad Suhor Bin Tohiron..Beliau seorang yang berdedikasi dalam menyatupadukan masyarakat di kampung ini sehinggakan pada tahun 2016,Kampung Labohan Dagang telah dicalonkan Anugerah Kampung Tradisi 2016 bersama enam buah kampung yang lain pada peringkat daerah.

                 Pada tahun 2015,Kampung ini dianugerahkan sebagai Kampung Harapan Peringkat Negeri Selangor disebabkan oleh beberapa faktor.Antaranya,kampung ini mempunyai sistem ekonomi yang berkembang pesat,penduduk kampungnya juga sentiasa bekerjasama ibarat “bagai aur dengan tebing” dalam segala hal serta kampung ini adalah kampung tercantik peringkat Hulu Langat.Kampung ini baik dari segi pertanian,pertenakan dan perusahaan Industri Kecil Sederhana(IKS) dan bermacam lagi aktiviti ekonomi dilakukan oleh penduduk kampung ini.Lebih menarik lagi,mereka tidak ketinggalan dalam sektor pelancongan,teknologi maklumat serta aktif juga dalam aktiviti sukan permotoran dimana dapat membendung genjala sosial dalam kalangan pemuda.

               Kesimpulannya,Kampung Labohan Dagang menjadi petunjuk dan menjadi contoh kepada kampung-kampung yang lain disebabkan kampung ini baik serba serbinya dari luaran hingga dalaman serta masyarakatnya hidup dalam harmoni tanpa ada pertelingkahan mahupun pertumpahan darah.


TADOOM HILL YANG MENJANDI TUMPUAN PELANCONG


Tadom Hill Resorts, Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor ...


 Tadom Hill Resorts - UPDATED 2020 Prices, Reviews & Photos ...

PINTU MASUK KAMPUNG LABOHAN DAGANG
 

Kampung Labohan Dagang - Home | Facebook

Comments