Entri 11: Pakaian tradisional

Baju kurung merupakan salah satu harta warisan peninggalan nenek moyang kita. Pemakaian baju kurung telah bermula sejak berkurun lamanya dan diangkat sebagai pakaian kebangsaan serta pakaian tradisional di negara Malaysia. Baju kurung juga boleh dikategorikan sebagai pakaian formal dan sering dipakai terutama sekali apabila menghadiri majlis-majlis rasmi.
Baju Kurung juga dianggap sebagai simbol kesatuan masyarakat yang berbilang kaum. Baju kurung terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian baju dan bahagian kain. Baju kurung biasanya mempunyai pesak di bahagian tepi dan berpotongan sedikit longgar. Sudah menjadi adat kebiasaannya baju kurung diperagakan di majlis perkahwinan dan dipakai sempena sambutan Hari Raya. Pemakaian baju kurung juga membuatkan seseorang wanita iu kelihatan ayu, menawan dan elegan. Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan peninggalan, kita seharusnya melestarikan elemen Melayu Islam dalam fesyen pakaian masyarakat Melayu. Disebabkan era perubahan zaman dan wujud pengaruh luar seperti pengaruh barat dan korea dalam fesyen pemakaian dilihat bertentangan dengan elemen-elemen Melayu Islam dalam pemakaian. Fesyen muslimah dan pakaian tradisional harus diketengahkan dalam ciri-ciri pemakaian bagi menjaga syariat-syariat Islam. Oleh itu, pemilihan baju kurung tradisional amat bersesuaian dan menepati syariat-syariat Islam dari segi kelebarannya yang tidak menampakkan bentuk tubuh, tampak lebih sopan dan sebagainya.








Comments