Dalam Islam, sahabat nabi bermaksud mereka yang hidup semasa zaman Nabi Muhammad lalu mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Nabi Muhammad S.A.W semasa mengembangkan Islam.
10 Tokoh Yang Memperoleh Jaminan Masuk Syurga
1. Abu Bakar Ash-Siddiq R.A.
Abu Bakar al-Siddiq merupakan khalifah pertama orang Muslim. pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang sangat tulus).Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Quhafah At-Tamimy.
2. ‘Umar Bin Al-Khattab R.A.
Saidina Umar al-Khattab, kadang-kadang juga dipanggil sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar. Berasal dari Bani Adi iaitu salah satu golongan orang Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin.Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke Syam membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.
3. Uthman Bin ‘Affan R.A.
Beliau berasal dari keturunan bangsawan dan hartawan Quraisy. Antara yang terawal memeluk Islam. Umurnya muda enam tahun daripada Nabi SAW. Ketika Nabi SAW diperintahkan menyampaikan Islam secara terang-terangan, bapa saudaranya Abu Lahab menjadi orang paling kuat menentang Islam. Kebencian beliau terhadap Nabi SAW sehingga sanggup mengarahkan anaknya Utbah menceraikan isterinya, Ruqayyah yang merupakan anak Nabi SAW. Apabila Uthman mendapat tahu tentang perkara tersebut, beliau terus ke rumah Nabi SAW dan meminang Ruqayyah. Kesedihan baginda segera terubat. Baginda sangat gembira dengan kesediaan Uthman memperisterikan anaknya.
4. Ali Bin Abi Talib R.A.
Merupakan salah seorang khulafa' ar-rasyidin. Merupakan sepupu kepada Rasulullah. Berasal daripada keturunan Bani Hasyim serta kanak-kanak utama yang memeluk Islam. Dikenali sebagai Karamallahu wajhah kerana dimuliakan wajahnya disebabkan tidak pernah menyembah berhala .
5. Zubair Bin ‘Awwam R.A.
Abu 'Abd Allah Zubayr ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. Merupakan salah seorang "mubasyirin bil-jannah" (sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga). Beliau merupakan salah seorang pejuang yang hebat. Bersama dengan Khalid al-Walid, mereka berdua sahaja yang berkeupayaan untuk berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda. Memeluk islam seawal usia 15 tahun dan seorang parajurit dakwah yang berani menyandang senjata untuk melawan orang-orang yang hendak gugurkan dakwah Islamiah.
6. Sa’ad Bin Abi Waqash R.A.
Antara sahabat terawal yang memeluk Islam. Merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari Kota Mekah. Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat. Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.
7. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah R.A.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah atau nama sebenarnya Amir ibn Abdullah ibn al-Jarrah salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa'ad. Dia berasal dari kaum Quraisy, suku al-Harith ibn Fihr. Abu Ubaidah merupakan antara sahabat Rasulullah yang terawal. Dia merupakan antara sahabat yang berhijrah ke Habsyah, dan kemudian ke Madinah.
8. ‘Abdurrahman Bin ‘Auf R.A.
Sewaktu umat Islam berhijrah ke Madinah, beliau mengikuti ekspidisi tersebut. Setibanya Abdur Rahman di Madinah, beliau dipersaudarakan oleh baginda kepada seorang sahabat dari golongan Ansar iaitu Sa'ad ibn Ar-Rabi'ah. Abdur Rahman juga merupakan ahli jawatankuasa Syura yang berenam. Sewaktu pemilihan khalifah ketiga selepas peristiwa pembunuhan Umar Al-Khattab, beliau merupakan salah seorang calonnya. Namun, Abdul Rahman enggan sebaliknya menetapkan pemilihan khalifah jatuh kepada Uthman bin Affan.
9. Talhah Bin Ubaidillah R.A.
Pada awalnya, Talhah ibn Ubaidillah merupakan seorang peniaga kain yang berasal dari Makkah. Kerap berniaga dan membawa barangan berharga di Syria. Ibunya bernama Sa'abah binti al-Hadrami. Masuk Islam setelah berjumpa dengan seorang pendeta Nasrani ketika berniaga di Busra. Ketahanannya diuji dengan seksaan yang diterima oleh beliau dan Abu Bakar ketika di Makkah. dia telah didera oleh ibunya sendiri dan lima orang yang telah diupah oleh emak nya sendiri ini kerana Talhah ibn Ubaidillah memeluk islam. Beliau sanggup meninggal kan harta nya yang banyak untuk memeluk islam. Rasulullah menggelarkan beliau sebagai "Syahid yang hidup" kerana keadaan fizikalnya ketika itu yang sudah cedera akibat terlibat dengan banyak pertempuran bersama baginda.
10. Sa’id Bin Zaid R.A.
Seorang sahabat nabi dari golongan Muhajirin. Orang awal masuk Islam. Beliau sangat menjunjung tingi adab Islam. Sebelum dia masuk Islam dia mengikuti agama ayahnya, Zaid bin Amr bin Nufail, yang mengikuti agama Nabi Ibrahim. Sa'id mengikuti semua peperangan yang disertai Muhammad kecuali Perang Badar. Saat itu, Nabi mengutusnya untuk mengintai kafilah Quraisy. Ketika kembali dari tugasnya, perang sudah selesai. Meskipun begitu, Sa'id tetap dianggap ikut perang dan mendapat harta rampasan perang.
Comments
Post a Comment