Entri 4: Pengalaman memasuki kuliah BBK3410

Kuliah BBK3410 atau Kursus Penglahiran Bakat Kreatif adalah subjek wajib yang perlu diambil oleh semua mahasiswa yang belajar di Universiti Putra Malaysia(UPM).Kursus ini bertujuan untuk melahirkan remaja yang sentiasa berfikiran kreatif dan kritis dalam bekarya.Kursus ini berada dibawah Jabatan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Kelas BBK3410 saya diadakan pada setiap hari rabu selama 3 jam bersama Prof. Madya Dr.Kamariah Kamarudin.Rakan sekelas saya terdiri dari pelajar sastera Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Pada awal kelas saya, Dr.Kamariah menerangkan tentang kajian yang akan dibuat dan bercerita tentang ahli kesusasteraan negara.Kami juga dikehendaki untuk mempekenalkan diri di hadapan kelas serta menceritakan buku apa yang telah kami baca.

Pada minggu kedua,saya masuk ke kelas seorang pensyarah lelaki kerana Dr.Kamariah tidak dapat hadir pada hari itu.Pada minggu ini,Kami telah diberi pendedahan jenis jenis novel,mengenai sajak,drama dan sebagainya.

Minggu ketiga,kelas kami bersama Dr.Kamariah belajar bagaimana sesebuah novel itu dihasilkan.Ada orang ideanya datang daripada tajuk dahulu,ada orang yang ideanya datang ketika menulis isi novel tersebut.Pada minggu ini juga kami diberi tips untuk memilih tajuk yang menarik untuk novel atau cerpen yang akan kami tulis.

Miggu keempat,
Dr kamariah mengajar kami untuk berfikiran kreatif dalam bekarya. Beliau menyatakan novel-novel yang telah diadaptasikan dari kisah benar mengenai pengorbanan ibu bapa.Saya agak setuju dengan pendapat beliau mengenai kita hendaklah bekarya mengenai pengorbanan mak ayah yang selama ini sanggup berkorban untuk kita.Bukan bekarya mengenai imej negatif ibu bapa.Ini membuatkan anak muda rasa hilang hormat pada mak dan ayah mereka.Walaubagaimanapun mak dan ayah buat silap selagi tidak bercanggah dengan agama,kita harus hormat mereka.Ini kerana darjat mereka sangat tinggi.Di dalam Al Quran ada menyebut tentang berbuat baik kepada ibu bapa.Oleh itu,seharusnya kita menyayangi,berbuat baik dan menghormati mereka.Jangan diikutkan kehendak nafsu untuk kebebasan bersuara semata.


Sekian entri pada kali ini.Terima kasih membacanya.






Comments