Entri 3: Makanan Tradisional

Terdapat banyak aneka pilihan makanan tradisional di Malaysia. Ini disebabkan kewujudan kepelbagaian etnik dan kaum yang ada disini.Malaysia juga dikenali sebagai syurga makanan dari negara luar kerana keunikan makanannya tersendiri.

Contoh makanan tradisional di Malaysia yang tidak boleh dapat di negara luar ialah Lemang dan rendang,Nasi lemak,Roti Canai, Cendol, Kerepek dan sebagainya.

Lemang dan Rendang

Ini adalah makanan tradisi kaum melayu. Makanan tradisional ini sangat istimewa kerana ianya sukar didapati selain musim perayaan kaum melayu seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


Nasi Lemak

Nasi lemak menjadi salah satu menu wajib yang harus anda cuba di Malaysia. Nasi lemak dimakan bersama sambal,telur mata atau telur rebus,ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng.Kebanyakan rakyat Malaysia memulakan hari mereka dengan mengambil sarapan Nasi Lemak.


Roti Canai

Merupakan makanan tradisi masyarakat india.Roti Canai selalu dipadankan bersama kuah dhal atau kuah kari dan sambal.Boleh didapatkan dikebanyakan kedai mamak.Sesuai untuk makan sarapan atau minum petang kerana ianya adalah menu ringan.


Cendol
Merupakan salah satu hidangan sampingan di Malaysia. Ianya sangat sedap dihidangakan ketika waktu panas dan ketika waktu dahaga.Harga cendol sangat berpatutan dan boleh dibeli oleh kebanyakan golongan masyarakat.


Kerepek
Kerepek adalah snek berkhasiat di Malaysia.Ini kerana kebanyakan kerepek tidak menggunakan perisa tambahan atau serbuk perasa seperti snek-snek yang lain.Kerepek adalah makanan tradisional yang diusahakan oleh Industri kecil-kecil yang terdiri dari masyarakat tempatan.Ianya mempunyai pelbagai jeis seperti kerepek pisang,kerepek keledek,kerepek ubi,kerepek bawang dan lain-lain.


Sekian entri saya pada kali ini,Terima Kasih kerana sudi membacanya:)



Comments