2 : رقم المجموعة والفقرة
: المعنى الإجمالي للفقرة
أهمية القراءة في الإسلام استنادا إلى دليل في القرآن في سورة العلق
: المعنى التفصيلي
Islam mementingkan dengan membaca sebagaimana yang Allah telah anjurkan ke atas Nabi-Nya untuk membaca. Antara surah yang paling awal diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW yang menyebut tentang membaca adalah surah Al-Alaq dan surah tersebut dimulai dengan ayat yang menyeru Nabi untuk membaca. Firman Allah Taala : "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) {1} Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku {2}". Selain itu, pada zaman sirah kenabian ada dijelaskan Rasulullah SAW mementingkan dengan membaca, menulis, dan mengajarnya di mana antara salah satu syarat untuk sebahagian tawanan dalam perang Badar, sekiranya mereka hendak terlepas dari ditawan dan bebas mereka perlu mengajarkan sebilangan orang Islam membaca dan menulis. Di sini kita dapati kepentingan membaca amat besar dalam kehidupan manusia.



Comments
Post a Comment