Pada
18 Mac 2020, Kerajaan Malaysia telah mewartakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) di seluruh Malaysia. Disebabkan itu ramai peniaga yang tidak dapat
berniaga bagi menampung perbelanjaan harian mereka. Masyarakat diminta mematuhi
arahan penjarakan sosial dan natijahnya, pasar malam serta bazar Ramadhan
dilarang buka untuk peniaga berniaga dan pembeli membeli bagi membendung
penyakit yang mudah tersebar ini. Pada fasa awal PKP juga kedai yang
kebiasannya dibuka 24 jam dihadkan tempoh masanya hanya beberapa jam sahaja
oleh pihak kerajaan. Selain itu, industri perlancongan juga menerima nasib yang
sama. Kekurangan pelancong secara mendadak mengakibatkan kerugian besar buat
individu yan menceburi industri ini.
Pandemik
ini juga memberi impak negatif pada ekonomi negara. Menurut Awani online pasaran ekonomi negara dijangka
mengalami penyusutan mendadak disebabkan kesan COVID-19 secara global dan melibatkan hubungan dengan negara luar.
Ahli pakar ekonomi menjangkakan pembalikan aliran portfolio setinggi AS$100
bilion. Ianya memberikan cabaran yang besar buat negara ini. Penurunan harga
minyak mentah ketika pendemik ini juga antara salah satu faktor kejatuhan
ekonomi negara. Berdasarkan akhbar Berita Harian Online, harga terkini (bulan Mei) RON97 didagangkan pada harga
RM1.55 seliter, ianya paling terendah pernah didagangkan di Malaysia.
Masyarakat
yang terkesan dengan pandemik ini mengalami genjala kemurungan, terktekan dan
gemuruh. Ini disebabkan oleh kebimbangan mereka ke atas jangkitan penyakit
covid-19 yang mudah menjangkiti masyarakat. Individu yang dijangkiti juga
terpaksa dikuarantin dan sentiasa dihimpit oleh rasa bersalah kerana mungkin
dialah yang menjadi punca penyakit itu tersebar di sesebuah kawasan. Selain
itu, individu yang telah dijangkiti covid-19 tidak dibenarkan untuk berjumpa
ahli keluarga mereka dan ahli keluarga tidak boleh menziarahi jenazah mangsa
covid-19 di tanah perkuburan. Petugas kesihatan dan petugas keselamatan
juga berasa tertekan apabila mereka terpaksa bekerja lebih masa dalam menangani
wabak ini.
Pandemik
Covid-19 memberi kesan yang besar kepada pebagai sektor terutamanya sektor
pendidikan. Pelaksanaan penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta
termasuk sekolah harian, berasrama penuh, antarabangsa, kesemua pusat pengajian
tinggi awam dan swasta serta pusat tahfiz memberi kesan mendalam buat para
pendidik, pelajar dan mahasiswa. Bagi memastikan sistem pendidikan tidak
terhenti walaupun seluruh dunia dikejutkan dengan wabak ini, Pertubuhan Pendidikan,
Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengesyorkan
penggunaan teknologi untuk memastikan kesinambungan pembelajaran. Mereka
terpaksa belajar secara atas talian seperti penggunaan aplikasi Zoom, Google
Meet, Webex dan sebagainya. Ini menyebabkan ada sebahagian pelajar tidak boleh
menyertai kelas kerana kekurangan capaian internet di tempat tinggal mereka.
Kesannya ada pelajar yang tertinggal pelajaran.
Covid-19
memberi kesan yang besar pada cara kehidupan bermasyarakat. Ini bagi membendung
pergerakan kawalan masyarakat supaya tidak berkumpul di sesuatu tempat. Pada
awal PKP dilaksanakan, masyarakat dilarang untuk mengunjungi pusat ibadah dan
kerajaan hanya mengehadkan hanya seorang sahaja wakil keluarga mengunjungi
pusat membeli belah untuk membeli keperluan harian. Ianya bagi mengelakkan
masyarakat terdedah pada risko bahaya apabila berkumpul.
Oleh itu, masyarakat
yang beragama islam tidak dibenarkan untuk melakukan solat Jumaat di Masjid dan
pada solat hari raya hanya dibenarkan di rumah sahaja. Agama lain juga tidak
dibenarkan untuk menghadiri pusat ibadah mereka. Malah disebabkan sempadan
daerah dikawal ketat, perkahwinan hanya dijalankan secara atas talian. Budaya
kunjung mengunjugi rumah sanak saudara juga tidak digalakkan. Tetapi pada bulan
Julai baru-baru ini, kerajaan memberi kelonggaran untuk menunaikan solat jumaat
di Masjid dan pusat ibadah yang lain dibuka semula dengan syarat-syarat
tertentu.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab marilah kita bekerjasama dalam menangani wabak Covid-19 ini dengan mematuhi arahan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Comments
Post a Comment